Subscribe Now: Feed Icon

Google

Friday, November 16, 2007

HTC P3400

Mudah dengan skrin sesentuh

htcp3400.jpg

SETELAH berjaya menawan pengguna gajet telefon pintar (PDA) menerusi model pertama mereka yang diperkenalkan di negara ini iaitu HTC Touch, HTC sekali lagi menawarkan gajet daripada siri serupa kali ini model HTC P3400.

Menyasarkan pengguna kelas permulaan, model yang masih menampilkan reka bentuk eksklusif HTC iaitu tanpa papan kekunci sebaliknya beroperasi menerusi skrin sesentuh sepenuhnya ini hadir pada harga mampu milik iaitu RM1,320.00.

Sarat dengan kelebihan teknologi multimedia terkini termasuk dipacu oleh Windows Mobile 5.0, HTC P3400 tampil lebih bergaya dalam reka bentuk moden dan minimalis dengan hanya beberapa tombol.

Namun apa yang lebih mengujakan, model ini bagaimanapun dihimpunkan dengan kepelbagaian fungsi dan aplikasi multimedia terkini yang memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pengguna untuk menikmati muzik, video, akses kepada Internet, melakukan tugasan pejabat dan banyak lagi.

Fungsi terbaru yang turut ditambahkan kepada model ini juga termasuk Voice Commander yang membolehkan pengguna mengawal beberapa aplikasi antaranya dail dan muzik menggunakan suara mereka.

Dengan hanya seberat 126 gram dan bersaiz tapak tangan yang memudahkan pengguna membawa kemana-mana, gajet ini juga disesuaikan kepada golongan profesional dan eksekutif muda.

Ia menerusi beberapa aplikasi bergerak pejabat antaranya DirectPush Mail, Internet Explorer Mobile, Office Mobile, Windows Media Player 10 Mobile dan Pocket MSN.

Sebagai tambahan kepada kelebihan fungsi multimedia, HTC P3400 juga didatangkan dengan sokongan telefon bimbit quad-band, kamera 2.0 megapiksel CMOS dan aplikasi pengurus peribadi digital.

Model dengan skrin besar bersaiz 2.8 inci ini sudah berada di pasaran dan dijual di beberapa outlet HTC terpilih di seluruh negara.

Spesifikasi ringkas HTC P3400

- Sistem Operasi: Windows Mobile 5.0 untuk Edisi Telefon Poket PC

- Paparan: 2.8 inci, 240x320 QVGA resolusi dengan 65,000 warna, TFT LCD

- Pemprosesan: TI 's OMAPTM 850, 201MHz

- Rangkaian: GSM/GPRS/EDGE Quad-band: 850/900/1800/1900 MHz

- Kamera: 2.0 megapiksel CMOS

- Kawalan: Kunci navigasi lima arah

- Memori: ROM 128MB / SD RAM 64MB

- Sambungan: Bluetooth V2.0/A2DP/AVRCP, USB 1.1

- Sokongan memori: Slot SD/MMC (sehingga 4GB)

- Berat:126g

- Dimensi: 109 mm (L) x 58 mm (W) x 17.65 mm (T)

- Bateri: 1250 mAh

- Format: WMA, MP3, WAV, MID, AMR, AAC, M4A

- Masa bersedia: GSM sehingga 200 jam

- Masa bercakap: Sehingga lima jam

- Aplikasi: Outlook Mobile, Word Mobile, Excel Mobile, PowerPoint Mobile, Adobe PDF Viewer, Windows Media Player 10 Mobile, Pocket MSN, Internet Explorer Mobile, Microsoft ActiveSync, Voice Commander, Voice-recorder, Communications Manager, Pictures & Videos Viewer, Audio Manager, Network Wizard, Sprite Backup, Media Hub, Audio Booster, CE-Star.

No comments:

VirtualMine Headlines

Google