Penyakit jantung adalah pembunuh utama di Malaysia masa kini tetapi penyakit itu boleh dicegah sekiranya mengamalkan cara hidup sihat seperti tidak merokok, mengambil pemakan seimbang serta sentiasa bersenam. Selain aktiviti bersenam, pemeriksaan tekanan darah serta mengurangkan pengambilan makanan berkolestrol dapat mengurangkan risiko penyakit itu. Ini adalah satu cara untuk mereka menghindari daripada mengalami lumpuh atau penyakit lain yang berkaitan dengan jantung. Selain itu, pemakanan seimbang juga boleh membantu mencegah penyakit kencing manis. Kencing manis adalah masalah keadaan gula di dalam darah melebihi paras normal. Perkara ini akan menyebabkan masalah dan kerosakan kepada saraf saluran darah kecil yang pada jangka waktu lamanya akan menyebabkan kerosakan tertentu seperti buah pinggang, mata dan jantung. Tanda-tanda kencing manis ialah kerap kencing, letih, kerap dahaga, berat badan menurun secara mendadak, kuat makan, gangguan penglihatan dan luka yang lambat sembuh.
Subscribe Now: Feed Icon
Monday, September 3, 2007
JANGAN TAHAN BERSIN!!!
Kepantasan udara yang dilepaskan ketika bersin boleh mencapai 180km/j. Demikian menurut Dr. mark Leyner dan Dr. Billy Goldberg, dalam buktinya yang bertajuk Why Do Men Have Nipples? Hundreds of Question You'd Only Ask A Doctor After Your Third Martini. Oleh itu, jangan ditahan-tahan jika anda terasa ingin bersin. Perbuatan ini boleh menyebabkan gegendang telinga pecah, hilang pendengaran, wajah bengkak sementara dan keretakan tulang rawan hidung.
at Monday, September 03, 2007 0 comments
Labels: Tips Kesihatan
Subscribe to:
Posts (Atom)